DEMONSTRASI PENANAMAN DAN
PASCA TUAI STEVIA REBAUDIANA
SEJENIS HERBA BERDAUN MANIS
PASCA TUAI STEVIA REBAUDIANA
SEJENIS HERBA BERDAUN MANIS
SEMPENA EKSPO PERTANIAN &
PESTA KONVOKESYEN UPM 2011
PESTA KONVOKESYEN UPM 2011
DI BUKIT EKSPO, TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI ( TPU )
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR
YANG BERLANGSUNG DARI
14 HB - 19 HB OKTOBER 2011
YANG BERLANGSUNG DARI
14 HB - 19 HB OKTOBER 2011
PAKLONG DAN ANAK-ANAKANDA SEBUK
MEMBUAT PERSIAPAN MENGATUR
POKOK-POKOK DAN KELENGKAPAN DEMONSTRASI STEVIA
BELUM MULA DEMONSTRASI LAGI,
PENGUNJUNG SUDAH TAK SABAR
NAK BERTANYAKAN KEBAIKAN
" STEVIA SEBAGAI PENGGANTI GULA "
PAKLONG MENGUMUMKAN AKAN MEMULAKAN DEMONSTRASI
PENANAMAN DAN PASCA TUAI STEVIA
PERTAMA SEKALI, PAKLONG HANYA MEMPERKENALKAN DAHULU
" APA ITU STEVIA "
Stevia Rebaudiana adalah pokok anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai.
Stevia berasal dari Paraguay dan ekstraknya mempunyai
kemanisan 200-300 kali gula biasa.
Daun tanpa proses adalah 15 hingga 30 kali manis daripada gula biasa.
Sejak 1500 tahun dahulu kaum Indian Gurani telah mengguna Stevia
sebagai pemanis dan juga sebagai ubatan tradisional.
Stevia tidak mempunyai calorie dan karbohidrat.
Ianya Selamat di gunakan oleh semua lapisan masyarakat.
CARA-CARA PENANAMAN
Stevia ditanam menggunakan potongan pucuk pokok.
Sesetengah mengguna biji tetapi kaedah ini tidak menjamin
kemanisan yang konsisten.
Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir dan tidak menakung air.
pH tanah pula 5.0 - 8.8 dan suhu ialah 16 – 29 C.
Baja yang diguna mestilah jenis organik.
HASIL
Hasil Stevia adalah daun dan bunga.
Pokok Stevia mula boleh dituai selepas 3-4 bulan penanaman.
Selepas itu setiap bulan daun Stevia beserta dahan boleh dituai.
Hayat komersial Stevia ialah 3 tahun.
Tiap pokok dianggarkan dapat menghasilkan
sebanyak 100 gm hasil setahun.
Anggaran pendapatan hasil daun ialah 1 juta gm bagi 1 ekar setahun.
PAKLONG MENUNJUKKAN BAGAIMANA
CARA POKOK STEVIA DI TUAI
UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA
PAKLONG MENUNJUKKAN CARA-CARA
MELERAIKAN DAUN-DAUN STEVIA DARI BATANG TUAIAN
SETELAH MELERAIKAN DAUN-DAUN TERSEBUT,
HENDAKLAH DI BASUH DAN DI JEMUR KERING
CARA MANUAL PENGERINGAN ADALAH
DENGAN MENJEMURKANNYA
DI BAWAH CAHAYA MATAHARI YANG TERIK
HINGGA DAUNNYA MENJADI KERING DAN RAPUH
SETELAH BENAR-BENAR KERING DAN RAPUH,
HENDAKLAH DI SIMPAN KE DALAM BEKAS
ATAU PLASTIK KEDAP UDARA
BAGI MENGEKALKAN RAPUH
NAMUN JIKA IA KEMBALI LEMAU ( LAYU )
JEMUR SEMULA HINGGA KERING DAN RAPUH SEMULA
DAUN KERING YANG BENAR-BENAR KERING DAN RAPUH
BOLEH DI KISAR HALUS MENGGUNAKAN BLANDER KERING
MENJADI HANCUR DAN HALUS ( GREEN DUST )
( TAPIS AGAR MENDAPATKAN YANG LEBIH HALUS )
UNTUK DI JADIKAN GULA DALAM MASAKAN DAN MINUMAN
PAKLONG MENUNJUKKAN CARA
PENANAMAN ANAK POKOK STEVIA
KE DALAM PASU DAN CARA-CARA PENJAGAANNYA
ANAK-ANAKANDA PAKLONG MEMBERI
CUBA RASA AIR KEPADA PENGUNJUNG,
DAUN STEVIA KERING YANG SUDAH DI JADIKAN TEH
EMMM...MANISNYA, MEMANG SUDAH MANIS
" TEH TANPA GULA "
DAUNNYA RENDAM DI JADIKAN TEH,
MANAKALA GULANYA ADALAH MANISAN DAUNNYA
" TEH STEVIA - 2 in 1 "
TANPA ANGIN PERUT, KALORI, GLYCEMIC, TOKSID
DAN MENURUNKAN KADAR GULA DALAM DARAH
TERIMA KASEH KEPADA PENGUNJUNG
DAN PUSAT JUALAN TPU,
DAN PUSAT JUALAN TPU,
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan