Jumaat, 11 September 2009

PENDAPATAN STEVIA REBAUDIANA

STEVIA REBAUDIANA Stevia Rebaudiana adalah pokok anugerah
Allah
s.w.t yang tidak ternilai.
Dalam 1 ekar 5000 pokok mampu ditanam dengan jarak
18 inci di antara pokok dan 20 inci hingga 24 inci di antara baris.

Sebaik-baik tanah hendaklah dibuat batas selebar 48 inci
dan ditutup dengan plastik pertanian.

Tujuan ialah untuk menghalang pasir dari
mencemari daun dan ranting pokok.

Juga hamparan plastik dapat menghalang
rumput tumbuh sekeliling pokok.



Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir
dan tidak ditenggelami air.

pH tanah pula 5.0 - 8.8 dan suhu ialah 16 - 29 C.
Baja yang digunakan mestilah jenis organik.

Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi.
Serta perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas.
Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

Stevia ditanam menggunakan potongan dahan atau pokok.
Sesetengah mengguna biji benih tetapi kaedah ini tidak menjamin
kemanisan yang konsisten.

Hasil adalah daun dan ranting pokok.
Pokok Stevia mula boleh di tuai selepas 3-4 bulan penanaman.
Selepas itu setiap bulan daun stevia berserta dahan boleh di tuai


Hayat komersial Stevia ialah 3 tahun.
Tetapi di India pokok Stevia dibiar hidup sehingga 6 tahun.
Pokok tua tidak menjamin kemanisan dapat dikekalkan.


Tiap pokok dianggarkan dapat menghasilkan
sebanyak 200 gm daun setahun.

Anggaran pendapatan hasil daun ialah 1 juta gm satu ekar setahun


Anggaran kasar hasil pendapatan

200 gm daun / 12 bulan = 16 gm daun sebulan
16 gm daun x 5000 pokok = 83'000 gm daun
sebulan
83 kg daun x rm 30perKG belian semula = RM 2,490 pendapatan 1 ekar
sebulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan