JUALAN LADANG STEVIA DI BATU 14, HULU LANGAT, SELANGOR
PADA HARI SABTU, 29hb JANUARI 2011 DAN
TELAH BERJAYA MENARIK MINAT PENGUNJUNG YANG HADIR
UNTUK MENANAM STEVIA
PAKLONG DAN PAKLAH MEMBERI SERBA SEDIKIT
PENERANGAN TENTANG ASPEK TANAMAN STEVIA,
KERENAH DAN PENJAGAANNYA
KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR PADA HARI JUALAN TERSEBUT
KEPERLUAN PEMANIS @ GULA DARI STEVIA SEMAKIN POPULAR
DI KALANGAN MEREKA YANG MEMENTINGKAN KESIHATAN
KELEBIHANNYA IA SANGAT MANIS DAN DI PERCAYAI
BOLEH MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT
TERUTAMANYA ; KENCING MANIS, DARAH TINGGI DAN PENYAKIT JANTUNG
SETIAUSAHA G.E.C. ; EDORA JUGA MENERANGKAN KEPADA PENGUNJUNG
KAEDAH MENANAM DAN PENJAGAAN POKOK STEVIA CARA YANG BETUL
DI JEPUN LEBIH 50 % PRODUK MAKANAN, MINUMAN, HERBA
TELAH MENGGUNAKAN GULA STEVIA SEBAGAI PENGGANTI GULA TEBU
KE DALAM PRODUK-PRODUK MEREKA TERMASUK COCA-COLA, PEPSI
KERANA IANYA TERBUKTI GULA SELAMAT DAN BERKHASIAT
TUJUAN MEREKA MAHUKAN RAKYAT YANG LEBIH SEHAT
DAN SETERUSNYA MENJADI RAKYAT NEGARA MINDA KELAS PERTAMA
PADA MASA AKAN DATANG
PAKLONG MENERANGKAN ANTARA KEBAIKAN GULA STEVIA
DAN KHASIATNYA KEPADA PENGAMAL STEVIA
PAKLONG DAN PAKLAH MENERANGKAN TENTANG KOS-KOS
PENANAMAN STEVIA DAN KOS-KOS PENYEDIAAN TANAH
PENGUNJUNG DI BERI MELAWAT LADANG STEVIA
DAN MENCUBA RASA DAUN MANIS YANG MASIH SEGAR
PELBAGAI JUALAN PRODUK BERASASKAN GULA STEVIA
SEPERTI GULA PASIR STEVIA, SERBUK GULA STEVIA, TEH / KOPI STEVIA,
JUS BUAH-BUAHAN, AIR BERKARBONAT, DAUN KERING STEVIA
DAN ANAK POKOK STEVIA DI JUAL
DENGAN HARGA YANG MURAH DARI LADANG
TERIMA KASEH KEPADA PARA PENGUNJUNG YANG HADIR,
ADINDA EDORA, ANAKANDA NADIA, SOFEA DAN NABILA
YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM
PADA JUALAN LADANG STEVIA PADA HARI TERSEBUT
Assalamualaikum pak long,
BalasPadamAlhamdulilah, tidak sangka saya rupanya ada gambar ayah saya johari yg pakai baju hitam tuh. Itulah ayah saya paklong. Memang suka sgt dari dulu nak cari tanaman pokok stevia utk tanam dirumah :D akhirnya pokok yg ayah saya beli dri paklong dah tumbuh subur dalam pasu...nanti saya upload pic stevia dlm blog saya erk hehehe belum amik pic lagi...nanti boleh kongsi2 pandangan ttg cara pelindungan penanaman pokok2 stevia kan...seronok sgt sbb adik beradik saya pun baru pertama kali merasai daun stevia. Wauu manis, teramat manis! Sungguh ciptaan Allah itu cantik. Terima Kasih Paklong diatas penerangan yg diberikan kepada ayh saya. Salam wbt.
p/s minta kebenaran dari paklong utk saya copy pic2 diatas utk dimasukkan dlm blog saya pula. Tq paklong
Wa'alaikumusalam Julia.
BalasPadamAlhamdulillah hari jualan ladang tu mendapat sambutan yg menggalakkan dari pengunjung termasuk bapa Julia. Terima kaseh kpd bapa Julia, En Johari krn datang berkunjung. Niat Paklong utk buat kebajikan agar ramai yg tahu pokok anugerah Allah s.w.t ini bagus utk kesehatan. Bagus la jika Julia sekeluarga juga menyukai Stevia ini. Amalkanlah setiap hari utk mendapatkan kesehatan yang lebih baik untuk masa depan generasi kita kerana ia mengandungi khasiat yang baik utk kesehatan kita.
Bekenaan nak copy pic2 tu, ok lah paklong izinkan.
Jika ada apa2 lagi bkenaan Stevia ni, hubungi lah paklong terus ye.
Terima kaseh kpd Julia sekeluarga krn menyokong industri Stevia Malaysia ini.
Wassalam.
Assalamualaikum pak long,
PadamSaya cuba menhubungi nombor tertera di blog ini tetapi tidak berhasil, invalid number. Bolehkah saya membuat bayaran melaui maybank2u untuk pembelian sekilogram mdaun stevia kering? Ada perkhidmatan courier tak Pak Long? Saya tinggal di Ipoh Perak. Terima kasih 019 596 1854
saya salah sorang yang hadir pada hari jualan ladang paklong tu.. pic sy, adik sy dan kawan sy juga ada dalam blog paklong ni.. hehe
BalasPadamsy harap kesungguhan dan keiklhasan paklong dalam mengetengahkan tanaman ni akan diberkati oleh Nya. Saya akan support tanaman ni tag team dengan paklong..
akmal
Terima kaseh akmal, adek dn kwn akmal yg sanggup datang dari Kedah. Paklong tabik kamu semua krn sanggup datang dari jauh semata2 utk mengetahui lebih dalam lagi tentang potensi stevia ini. InsyaAllah paperwork yg akmal minta itu paklong akan usahakan. Ianya masih perlu di edit smula sbelum akmal boleh buat submission.
BalasPadamTrima kaseh dgn harapan akmal itu. Paklong juga berharap dapat membangunkan industri Stevia d Malaysia ini bersama2 orang2 bersemangat seperti akmal, family n kwn2 akmal pada masa akan datang.
InsyaAllah, paklong akan sedaya upaya mengimplimentasikan rancangan yg telah di atur.
asalammualaikum paklong.sy ni bru nk berjinak ngan tanaman stevia sbb bnyak sy dngr mklum bls yg bgus tentng tanaman tu.boleh ke paklong terangkan tanah jenis pe yg sesuai tuk tanam ataupn tempat mane sy boleh dptkan nasihat tentang tanaman ni...sy brada di batu gajah perak.terima kasih
BalasPadamBagaimana nak dapat benih stavia. Berapa harga
BalasPadamPak Long , macam mana nak pegi ke ladang ni . Lokasi nya di mana
BalasPadamSaya dah lama nk cari..
BalasPadamLokasi kat mana ni..
Saya nk beli produk dn anak pokok sekali..
Sy tinggal area langat bt 20