Selasa, 19 April 2011

AGRO SWEET PAKLONG - PESERTA KONTRAK PERLADANGAN HERBA MANIS STEVIA REBAUDIANA DI KAPAR, KLANG, SELANGOR


EN. SELJALI TOLANI PENGUSAHA
PERLADANGAN HERBA MANIS STEVIA REBAUDIANA 
DI LOT 5224, BUKIT KERAYONG, KAPAR, KLANG, SELANGOR

SEBELUM MEMULAKAN PROJEK,
KESESUAIAN TANAH PERLU 
DI AMBIL KIRA TERLEBIH DAHULU





SETELAH DI KENAL PASTI TANAH TERSEBUT SESUAI,
KERJA-KERJA MENGUKUR, MEMBERSIHKAN TANAH 
BOLEH DI MULAKAN SETERUSNYA MEMBAJAK, 
ROTO, MERATA TANAH HINGGA 
MENAIKKAN BATAS DAN SISTEM AIR SPRINKLER

LANGKAH PENYEDIAAN TANAH


PADA PERMULAAN TANAH SEHARUSNYA 
DIBERSIHKAN DAN DI BAJAK SAMAADA 
DENGAN BAJAK ATAUPUN TAJAK 
BAGI MEMECAHKAN TANAH 

JENIS TANAH

TANAH MERAH BERPASIR (KERING) 
ADALAH JENIS TANAH YANG SESUAI 
DENGAN TAHAP PH 6 HINGGA 7  
MANAKALA TANAH GAMBUT DIDAPATI 
TIDAK SESUAI BAGI PENANAMAN STEVIA
BAGI PENGGUNAAN TANAH GAMBUT DAN BERASID, 
RAWATAN KAPUR PERLU DIBUAT BAGI MENEUTRALKAN 
KADAR KEASIDAN DALAM TANAH



SETELAH ITU PAGAR KAWAT DURI 6 JALAN
PERLU DI BINA BAGI MENGELAKKAN 
DARI MUSUH TANAMAN
SEPERTI LEMBU, KAMBING, AYAM, ITIK,
DAN BABI HUTAN ( JIKA ADA ) 
DARI MEMAKAN DAUN STEVIA







TANAH YANG GEMBUR MERUPAKAN KEPERLUAN PENTING 
BAGI KEPERLUAN PENANAMAN STEVIA 
1 HINGGA 2 BAJAKAN 
( DIANTARA 30 HINGGA 45 INCI DALAM GEMBURAN) MESTI DIBUAT SETELAH PROSES PEMBERSIHAN TANAH SELESAI


PENYEDIAAN BATAS

PENYEDIAAN BATAS ADALAH YANG TERBAIK 
DAN PALING EKONOMIK UNTUK MENANAM STEVIA

SEKURANG KURANGNYA PENYEDIAAN BATAS SETINGGI 
1/2 KAKI DAN JUGA LEBAR 4 KAKI ADALAH DIPERLUKAN






PENGAIRAN

SEMBURAN MIKRO ( MICROSPRINKLER ) 
MERUPAKAN KAEADAH YANG BAIK 
UNTUK MENGAIRI PENANAMAN STEVIA
KAEDAH PENGAIRAN BANJIR ATAU SISTEM TALI AIR 
( SEPERTI PENANAMAN PADI ) TIDAK DAPAT 
DI GUNAKAN BAGI MENGAIRI PENANAMAN STEVIA


SEMBURAN AIR BOLEH DI LAKUKAN 
SEBANYAK 3 KALI SEHARI ATAU 1 KALI SEHARI 
BERGANTUNG KEPADA KEADAAN CUACA 
SAMAADA KERING ATAU LEMBAB, 
INI BAGI MEMASTIKAN BAHAWA TANAH DALAM 
KEADAAN LEMBAB TETAPI TIDAK BASAH 
KERANA DAUN STEVIA MENGANDUNGI 65 % AIR 
DAN AIR SANGAT DI PERLUKAN BAGI DAUN 
MENGHASILKAN STEVIOL MANAKALA KEBANJIRAN AIR 
BOLEH MEROSAKKAN AKAR POKOK





TANGKI PENYIMPANAN AIR TAKUNGAN
DAN WATER PUMP DI GUNAKAN
UNTUK MEMUDAHKAN PENYIRAMAN BERSPRINKLER
DAN BOLEH MENGIKUT WAKTU YANG
TELAH DI TETAPKAN MENGGUNAKAN ( TIMER )


PAKLONG MENYERAHKAN ANAK BENIH STEVIA 
BERUSIA 3 MINGGU KEPADA PENGUSAHA, 
EN. SELJALI TOLANI UNTUK DI TANAM 
KE BATAS LADANGNYA PADA HARI YANG SAMA



JARAK ANTARA BARISAN POKOK SEKURANG KURANGNYA 
IALAH 1 KAKI DAN BAGI MEMUDAHKAN 
PENGURUSAN JARAK DIANTARA 2 BARISAN 
 IALAH 1 KAKI DENGAN CARA PENANAMAN INI, 
SEBANYAK 50,000 POKOK BOLEH DI TANAM 
PADA SETIAP EKAR LADANG





 PEMBAJAAN

PENGGUNAAN BAJA ORGANIK MERUPAKAN 
PENYELESAIAN YANG MUDAH BERBANDING 
DENGAN PEMBAJAAN KIMIA 
DENGAN KANDUNGAN NITROGEN 
YANG LEBIH RENDAH DAN TINGGI
KADAR POTASSIUM DAPAT MEMBERIKAN HASIL 
YANG BAIK KEPADA TANAMAN STEVIA
ADALAH DIGALAKKAN MEMBERIKAN BAJA 
SETELAH PENUAIAN BERLAKU, 
DENGAN INI DAUN YANG DI HASILKAN JUGA AKAN 
MENJADI LEBIH SUBUR DAN LEBIH


EN. SELJALI TOLANI, PEMUDA MELAYU JATI MALAYSIA
YANG BERINOVATIF & BERWAWASAN
MENUNJUKKAN SESUATU RANCANGANNYA TENTANG 
PROJEK DUNIA STEVIA REBAUDIANA IMPIANNYA
PADA MASA DEPAN KEPADA PAKLONG

BAK KATA MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
' TUN ABDULLAH HJ. AHMAD BADAWI - PAKLAH '

" PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN "

BERSAMA ' PAKLONG ' MARTABATKAN PERTANIAN ' STEVIA '
SEBAGAI TANAMAN HERBA MANIS PALING POTENSI DI DUNIA
DAN BERNILAI TINGGI DI PASARAN ANTARABANGSA
DI MALAYSIA KHUSUSNYA, DI DUNIA AMNYA
BAGI MENGGANTIKAN GULA TEBU
UNTUK MASA DEPAN PENGGUNA YANG AKAN LEBIH
SIHAT CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG




Tiada ulasan:

Catat Ulasan