LAWATAN BAKAL PENGUSAHA STEVIA DARI DENGKIL, SEPANG : WAK JOKO WAK TOHIRIN
SEMUA BAKAL PENGUSAHA INI DIBERI PENERANGAN YANG JELAS MENGENAI ASPEK PENANAMAN STEVIA DAN KEUNTUNGAN JANGKA MASA PANJANG OLEH GM, C.T. LANG EN. ABDULLAH
SESSI BERGAMBAR BAKAL PENGUSAHA STEVIA BERSAMA EXECUTIVE STEVIA, C.T. LANG EN. MOZAID MD. DIN DI KEBUN STEVIA REBAUDIANA BT. 14, HULU LANGAT, SELANGOR
SO FAR, KAMI MENCADANGKAN PENGUSAHA STEVIA KAMI MENGGUNAKAN BAJA ORGANIK INI
BAJA ORGANIK LAIN AGAK KURANG SESUAI SEDIKIT DIGUNAKAN WALAUPUN PADA AWALNYA DAUN AKAN SEGAR SEMASA PEMBAJAAN PERTAMA, APABILA PEMBAJAAN KEDUA PULA IA AKAN MENJADIKAN POKOK STEVIA INI ' STRES ' ( TERBANTUT DAN CEPAT BERBUNGA )
GM, C.T. LANG, EN. ABDULLAH MOHAMAD SEDANG MEMBERI PENERANGAN TENTANG ASPEK PENANAMAN STEVIA REBAUDIANA KEPADA BAKAL PENGUSAHA YANG DATANG MELAWAT DI KEBUN STEVIA KAMI
EN. KAMARUL HILAL DARI KLANG EN. MOHD. NASIR SUHAIMI DARI SHAH ALAM EN. JAMIL SARDINI DARI BATU PAHAT
EN. JAMIL SARDINI SEDANG DIBERI PENJELASAN YANG JELAS TENTANG ASPEK2 PENANAMAN DAN PENJAGAAN STEVIA INI OLEH EN. ABDULLAH MOHAMAD
BELIAU KEMUDIANYA MEMBELI 1 KG GULA STEVIA YANG SUDAH SIAP DIPROSES DARI EN. MOZAID, EXECUTIVE C.T. LANG DEVELOPMENT (M) SDN. BHD.
BAJA APAKAH YANG SESUAI UNTUK MENGGALAKKAN DAUN STEVIA INI ? EN. ABDULLAH TELAH MENCADANGKAN BAJA ORGANIK IMPORT NPK 15/15
SEBAIKNYA LAGI DI ATAS TANAHNYA PULA DI TAMBAH LAGI DENGAN TANAH HITAM
DAN PASTIKAN AIR MENCUKUPI TETAPI TIDAK LEBIH
'MAKSUDNYA' JIKA HARI HUJAN TIDAK PERLU LAGI DI SIRAM
EN. MOZAID MD. DIN SEDANG MEMERIKSA ANAK2 BENIH STEVIA YANG SUDAH DI TEMPAH OLEH PENGUSAHA STEVIA KAMI SEBELUM DI HANTAR KE TANAH MEREKA UNTUK DI TANAM MESTILAH DI DALAM KEADAAN YANG BAIK DAN SEGAR
AKHBAR SINAR - KHAMIS 24 DISEMBER 2009 RENCANA @ SELANGOR & KL - S17
Stevia alternatif ganti gula : En. ABDULLAH MOHAMMAD ( Pengurus Besar - C.T. Lang Development (M) Sdn. Bhd. )
TAHAP kesihatan rakyat Malaysia berada pada kadar yang amat membimbangkan terutamanya kes yang membabitkan pengambilan gula berlebihan. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengurangkan jumlah mereka yang mengidap penyakit ini dan salah satunya tanaman Stevia.
Dilihat berdasarkan kronologi tanaman yang mula diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ( MARDI ).
Mereka telah mula membuat kajian pada 2002 lagi tetapi sehingga ke hari ini MARDI masih tidak mengeluarkan mana-mana garis panduan yang menyatakan bahawa tanaman ini boleh digunakan di Malaysia.
Namun begitu pada tahun 2008 terdapat dua persidangan berkaitan tanaman Stevia ini iaitu Stevia World Shanghai pada 14 Mei 2008 dan Stevia World Europe pada 18 November 2008. Disini jelas menunjukkan bahawa tanaman jenis ini mempunyai impak yang penting kepada dunia amnya dan Malaysia khasnya.
Pengurus Besar C.T. Lang Development (M) Sdn. Bhd., Abdullah Mohammad berkata, tanaman yang berasal daripada Uruguay dan Paraguay serta digunakan masyarakat Orang Asli Gurani Indians di dua negara tersebut. Pada mulanya Orang Asli berkenaan menggunakan Stevia sebagai pemanis dalam makanan. Banyak khasiat yang boleh didapati pada tumbuhan ini.
" Saya yakin yang tanaman Stevia adalah satu alternatif bakal menggantikan gula sebagai pemanis.
" Di Malaysia, pihak kami telah membekalkan benih tumbuhan ini kepada Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. di Pulau Carey, Klang, Felcra Ramuan Cina, Melaka, Miri, Sarawak," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, selepas Stevia diluluskan oleh Generally Recognized As Safe dan Food and Drug Administration America ( FDA ) pada 17 Disember 2008.
Selain itu juga, syarikat tersebut yang meluluskan pengeluaran makanan ke seluruh dunia dan dapat diterima oleh di peringkat antarabangsa, banyak syarikat-syarikat pengeluar minuman dunia seperti Coca cola dan Pepsi mengeluarkan air minuman yang tidak mempunyai kalori berasaskan kepada Stevia.
" Cara penanaman tumbuhan ini tidaklah serumit yang disangka kerana dengan menggunakan benih yang berasal daripada pucuknya.
" Ia mesti membiarkannya selama tiga minggu kemudian masukkannya ke beg plastik tetapi jangan biarkan sehingga akarnya bergumpal, jika tidak ia akan menjadi 'stres' dan akan mengeluarkan bunga serta membuatkan pucuknya menjadi pahit," katanya.
Kajian menunjukkan di Jepun penggunaannya sudah meningkat kepada 50 peratus dan hari ini pasaran Stevia di dunia membabitkan urusan niaga lebih RM 1.9 billion.
Abdullah berkata, syarikatnya cuba untuk mencari tanah seluas 30 hektar untuk membina kilang pemprosesan tanaman ini, diharap ia dapat membantu membasmi kemiskinan kepada ibu tunggal dan graduan menggangur.
Dijangka pada 2015, dunia akan mendapat keuntungan sebanyak RM 63 billion hasil daipada penanaman Stevia sebagai alternatif untuk menggantikan gula.
UNTUK BEKALAN ANAK BENIH STEVIA HUBUNGI : EN. MOZAID MD. DIN ( EXECUTIVE MANAGER STEVIA ) - C.T. LANG DEVELOPMENT (M) SDN. BHD. : 0 1 2 - 6 4 2 5 1 0 6