Khamis, 24 Disember 2009

AKHBAR SINAR STEVIA GANTI GULA

AKHBAR SINAR - KHAMIS 24 DISEMBER 2009
RENCANA @ SELANGOR & KL - S17

Stevia alternatif ganti gula : En. ABDULLAH MOHAMMAD
( Pengurus Besar - C.T. Lang Development (M) Sdn. Bhd. )

TAHAP kesihatan rakyat Malaysia berada pada kadar yang amat membimbangkan terutamanya kes yang membabitkan pengambilan gula berlebihan. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengurangkan jumlah mereka yang mengidap penyakit ini dan salah satunya tanaman Stevia.

Dilihat berdasarkan kronologi tanaman yang mula diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ( MARDI ).

Mereka telah mula membuat kajian pada 2002 lagi tetapi sehingga ke hari ini MARDI masih tidak mengeluarkan mana-mana garis panduan yang menyatakan bahawa tanaman ini boleh digunakan di Malaysia.

Namun begitu pada tahun 2008 terdapat dua persidangan berkaitan tanaman Stevia ini iaitu Stevia World Shanghai pada 14 Mei 2008 dan Stevia World Europe pada 18 November 2008. Disini jelas menunjukkan bahawa tanaman jenis ini mempunyai impak yang penting kepada dunia amnya dan Malaysia khasnya.

Pengurus Besar C.T. Lang Development (M) Sdn. Bhd., Abdullah Mohammad berkata, tanaman yang berasal daripada Uruguay dan Paraguay serta digunakan masyarakat Orang Asli Gurani Indians di dua negara tersebut. Pada mulanya Orang Asli berkenaan menggunakan Stevia sebagai pemanis dalam makanan. Banyak khasiat yang boleh didapati pada tumbuhan ini.

" Saya yakin yang tanaman Stevia adalah satu alternatif bakal menggantikan gula sebagai pemanis.

" Di Malaysia, pihak kami telah membekalkan benih tumbuhan ini kepada Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. di Pulau Carey, Klang, Felcra Ramuan Cina, Melaka, Miri, Sarawak," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, selepas Stevia diluluskan oleh Generally Recognized As Safe dan Food and Drug Administration America ( FDA ) pada 17 Disember 2008.

Selain itu juga, syarikat tersebut yang meluluskan pengeluaran makanan ke seluruh dunia dan dapat diterima oleh di peringkat antarabangsa, banyak syarikat-syarikat pengeluar minuman dunia seperti Coca cola dan Pepsi mengeluarkan air minuman yang tidak mempunyai kalori berasaskan kepada Stevia.

" Cara penanaman tumbuhan ini tidaklah serumit yang disangka kerana dengan menggunakan benih yang berasal daripada pucuknya.

" Ia mesti membiarkannya selama tiga minggu kemudian masukkannya ke beg plastik tetapi jangan biarkan sehingga akarnya bergumpal, jika tidak ia akan menjadi 'stres' dan akan mengeluarkan bunga serta membuatkan pucuknya menjadi pahit," katanya.

Kajian menunjukkan di Jepun penggunaannya sudah meningkat kepada 50 peratus dan hari ini pasaran Stevia di dunia membabitkan urusan niaga lebih RM 1.9 billion.

Abdullah berkata, syarikatnya cuba untuk mencari tanah seluas 30 hektar untuk membina kilang pemprosesan tanaman ini, diharap ia dapat membantu membasmi kemiskinan kepada ibu tunggal dan graduan menggangur.

Dijangka pada 2015, dunia akan mendapat keuntungan sebanyak RM 63 billion hasil daipada penanaman Stevia sebagai alternatif untuk menggantikan gula.



UNTUK BEKALAN ANAK BENIH STEVIA HUBUNGI :
EN. MOZAID MD. DIN

( EXECUTIVE MANAGER STEVIA )
- C.T. LANG DEVELOPMENT (M) SDN. BHD.
: 0 1 2 - 6 4 2 5 1 0 6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan