Selasa, 29 Disember 2009

LAWATAN PENGUSAHA STEVIA DARI DENGKIL, SEPANG

LAWATAN BAKAL PENGUSAHA STEVIA DARI DENGKIL, SEPANG :
WAK JOKO
WAK TOHIRIN

SEMUA BAKAL PENGUSAHA INI DIBERI PENERANGAN
YANG JELAS MENGENAI ASPEK PENANAMAN STEVIA
DAN KEUNTUNGAN JANGKA MASA PANJANG
OLEH GM, C.T. LANG EN. ABDULLAH

SESSI BERGAMBAR BAKAL PENGUSAHA STEVIA
BERSAMA EXECUTIVE STEVIA, C.T. LANG EN. MOZAID MD. DIN
DI KEBUN STEVIA REBAUDIANA
BT. 14, HULU LANGAT, SELANGOR


DAUN STEVIA DI JEMUR KERING SEBELUM PEMPROSESAN DIJADIKAN GULA

EN. MOZAID & PEKERJA SEDANG MEMILIH BAHAGIAN DAUN
YANG DIPERLUKAN SAHAJA UNTUK DIJEMUR KERING

HASIL DAUN2 STEVIA DIBAHAGIKAN KEPADA 3 GRED A, B & C


HASIL TUAIAN DI JEMUR KERING SEBELUM
DI HANTAR UNTUK PEMPROSESAN MENJADI GULA

IANYA JUGA FAMOUS DENGAN
DIJADIKAN SERBUK TEH MANIS SAHAJA

HANYA MASUKKAN KEDALAM AIR PANAS
APABILA SUDAH SUAM, IANYA ENAK & MANIS
BOLEH DI MINUM BEGITU SAHAJA

WARNANYA TEH, RASANYA MANIS DAN TANPA GULA

SESUAI DI AMALKAN OLEH PESAKIT :

DIABETES, DARAH TINGGI, JANTUNG, GOUT
& MACAM2 LAGI PENYAKIT BERTOKSID

BAGI YANG SEHAT, MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK
AMALKAN TABIAT PEMANIS STEVIA SELALU

INSYA ALLAH ! ANDA & KELUARGA AKAN SEHAT SEJAHTERA


TAMBAH TANAH HITAM SELEPAS MEMBAJA POKOK STEVIA REBAUDIANA

BAJA SEMULA POKOK YANG BARU DI TUAI
( BAIK PULIH POKOK )

TAMBAHKAN TANAH HITAM DI SEKELILING
POKOK STEVIA YANG SUDAH DIBAJA
AGAR TANAHNYA MENDAPAT KELEMBAPAN SEMULA

POKOK STEVIA SELEPAS DIBAJA DAN TAMBAH TANAH
MESTILAH DISIRAM

TANAH HITAM DI PINDAHKAN
KE DALAM BALDI UNTUK DI TAMBAK
DI PANGKAL POKOK STEVIA

SELEPAS MEMBAJA POKOK STEVIA TERSEBUT

HANYA DI BAHAGIAN PANGKAL POKOK STEVIA
DAN SEKELILINGNYA SAHAJA
YANG DI TAMBAH TANAH HITAM
IAITU DI KAWASAN YANG DI TABURKAN BAJA

TUJUAN TANAH HITAM IALAH
UNTUK MENYEJUKKAN TANAH DAN MENGGALAKKAN
RIMBUNAN TUNAS BARU SELEPAS DITUAI


HANYA BAJA ORGANIK UNTUK TANAMAN POKOK STEVIA REBAUDIANA





SO FAR, KAMI MENCADANGKAN PENGUSAHA STEVIA KAMI
MENGGUNAKAN BAJA ORGANIK INI

BAJA ORGANIK LAIN AGAK KURANG SESUAI SEDIKIT
DIGUNAKAN WALAUPUN PADA AWALNYA
DAUN AKAN SEGAR SEMASA PEMBAJAAN PERTAMA,
APABILA PEMBAJAAN KEDUA PULA
IA AKAN MENJADIKAN POKOK STEVIA INI ' STRES '
( TERBANTUT DAN CEPAT BERBUNGA )


LAWATAN BAKAL PENGUSAHA STEVIA DI KEBUN HULU LANGAT

GM, C.T. LANG, EN. ABDULLAH MOHAMAD SEDANG
MEMBERI PENERANGAN TENTANG ASPEK
PENANAMAN STEVIA REBAUDIANA
KEPADA BAKAL PENGUSAHA
YANG DATANG MELAWAT DI KEBUN STEVIA KAMI

EN. KAMARUL HILAL DARI KLANG
EN. MOHD. NASIR SUHAIMI DARI SHAH ALAM
EN. JAMIL SARDINI DARI BATU PAHAT

EN. JAMIL SARDINI SEDANG DIBERI PENJELASAN
YANG JELAS TENTANG ASPEK2
PENANAMAN DAN PENJAGAAN STEVIA
INI OLEH EN. ABDULLAH MOHAMAD

BELIAU KEMUDIANYA MEMBELI 1 KG GULA STEVIA
YANG SUDAH SIAP DIPROSES DARI EN. MOZAID,
EXECUTIVE C.T. LANG DEVELOPMENT (M) SDN. BHD.

BAJA APAKAH YANG SESUAI UNTUK
MENGGALAKKAN DAUN STEVIA INI ?
EN. ABDULLAH TELAH MENCADANGKAN
BAJA ORGANIK IMPORT NPK 15/15

SEBAIKNYA LAGI DI ATAS TANAHNYA PULA
DI TAMBAH LAGI DENGAN TANAH HITAM

DAN PASTIKAN AIR MENCUKUPI
TETAPI TIDAK LEBIH

'MAKSUDNYA'
JIKA HARI HUJAN TIDAK PERLU LAGI DI SIRAM


Ahad, 27 Disember 2009

HASIL LUMAYAN WAKTU MENUAI STEVIA

POKOK STEVIA YANG SUDAH BERBUNGA
SUDAH BOLEH DI TUAI

EN. MOZAID MD. DIN & PEMBANTU
SEDANG MENUAI HASIL STEVIA
DI KEBUN STEVIA KAMI
DI BT. 14, HULU LANGAT, SELANGOR

POKOK STEVIA YANG HENDAK DI TUAI
PERLULAH DI LIHAT YANG SUDAH MENGELUARKAN BUNGA
BARULAH POKOK ITU BOLEH DI TUAI

SEBELUM MENUAI, BUNGA-BUNGANYA
DI BUANG TERLEBIH DAHULU YANG BERDEKATAN
DENGAN BAHAGIAN BATANG YANG HENDAK DI POTONG
( TUAI )

LIHAT !!!
KESEMUA DARI BAHAGIAN INI YANG HENDAK DI POTONG
( TUAI )





CUMA BAHAGIAN INI SAHAJA YANG DI TINGGALKAN

BATANG YANG TELAH DI POTONG ( TUAI )
INI ADALAH HASILNYA

BAHAGIAN YANG TELAH DIPOTONG ( TUAI )
AKAN MENGELUARKAN TUNAS BARU


WAH !!! LUMAYANNYA HASIL KEBUN STEVIA KAMI HARI NI
DAPAT LEBIH KURANG 15 KG HASIL TUAIAN

BAGI SEEKAR TANAH DENGAN 5'000 POKOK STEVIA
MAMPU MENGHASILKAN 7 KG DAUN BASAH
SETIAP HARI JIKA MULA DI TUAI

JIKA LEBIH...ITULAH YANG DINAMAKAN REZEKI ALLAH S.W.T
BERSYUKUR HASILNYA LUMAYAN


PEKERJA2 WANITA KAMI SEDANG SIBUK BEKERJA
MEMILIH DAUN-DAUN STEVIA YANG
TELAH DI TUAI MENGIKUT GRED KAMI

SETIAP HASIL TUAIAN STEVIA
AKAN DI BAHAGIKAN KEPADA 3 GRED
IAITU GRED A, B & C

GRED A : DAUN LEBAR

GRED B : DAUN PUCUK

GRED C : BUNGA

GRED A, B & C ADALAH 3 HASIL PENDAPATAN YANG BERBEZA

OLEH ITU TIADA ISTILAH PEMBAZIRAN
DARI HASIL TUAIAN STEVIA INI

KESEMUANYA AKAN MENGUNTUNGKAN
KEPADA PENGUSAHA STEVIA


" MARILAH BERSAMA MENANAM STEVIA "




ANAK BENIH STEVIA

EN. MOZAID MD. DIN SEDANG MEMERIKSA
ANAK2 BENIH STEVIA YANG SUDAH DI TEMPAH
OLEH PENGUSAHA STEVIA KAMI SEBELUM
DI HANTAR KE TANAH MEREKA UNTUK DI TANAM
MESTILAH DI DALAM
KEADAAN YANG BAIK DAN SEGAR



Khamis, 24 Disember 2009

AKHBAR SINAR STEVIA GANTI GULA

AKHBAR SINAR - KHAMIS 24 DISEMBER 2009
RENCANA @ SELANGOR & KL - S17

Stevia alternatif ganti gula : En. ABDULLAH MOHAMMAD
( Pengurus Besar - C.T. Lang Development (M) Sdn. Bhd. )

TAHAP kesihatan rakyat Malaysia berada pada kadar yang amat membimbangkan terutamanya kes yang membabitkan pengambilan gula berlebihan. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengurangkan jumlah mereka yang mengidap penyakit ini dan salah satunya tanaman Stevia.

Dilihat berdasarkan kronologi tanaman yang mula diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ( MARDI ).

Mereka telah mula membuat kajian pada 2002 lagi tetapi sehingga ke hari ini MARDI masih tidak mengeluarkan mana-mana garis panduan yang menyatakan bahawa tanaman ini boleh digunakan di Malaysia.

Namun begitu pada tahun 2008 terdapat dua persidangan berkaitan tanaman Stevia ini iaitu Stevia World Shanghai pada 14 Mei 2008 dan Stevia World Europe pada 18 November 2008. Disini jelas menunjukkan bahawa tanaman jenis ini mempunyai impak yang penting kepada dunia amnya dan Malaysia khasnya.

Pengurus Besar C.T. Lang Development (M) Sdn. Bhd., Abdullah Mohammad berkata, tanaman yang berasal daripada Uruguay dan Paraguay serta digunakan masyarakat Orang Asli Gurani Indians di dua negara tersebut. Pada mulanya Orang Asli berkenaan menggunakan Stevia sebagai pemanis dalam makanan. Banyak khasiat yang boleh didapati pada tumbuhan ini.

" Saya yakin yang tanaman Stevia adalah satu alternatif bakal menggantikan gula sebagai pemanis.

" Di Malaysia, pihak kami telah membekalkan benih tumbuhan ini kepada Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. di Pulau Carey, Klang, Felcra Ramuan Cina, Melaka, Miri, Sarawak," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, selepas Stevia diluluskan oleh Generally Recognized As Safe dan Food and Drug Administration America ( FDA ) pada 17 Disember 2008.

Selain itu juga, syarikat tersebut yang meluluskan pengeluaran makanan ke seluruh dunia dan dapat diterima oleh di peringkat antarabangsa, banyak syarikat-syarikat pengeluar minuman dunia seperti Coca cola dan Pepsi mengeluarkan air minuman yang tidak mempunyai kalori berasaskan kepada Stevia.

" Cara penanaman tumbuhan ini tidaklah serumit yang disangka kerana dengan menggunakan benih yang berasal daripada pucuknya.

" Ia mesti membiarkannya selama tiga minggu kemudian masukkannya ke beg plastik tetapi jangan biarkan sehingga akarnya bergumpal, jika tidak ia akan menjadi 'stres' dan akan mengeluarkan bunga serta membuatkan pucuknya menjadi pahit," katanya.

Kajian menunjukkan di Jepun penggunaannya sudah meningkat kepada 50 peratus dan hari ini pasaran Stevia di dunia membabitkan urusan niaga lebih RM 1.9 billion.

Abdullah berkata, syarikatnya cuba untuk mencari tanah seluas 30 hektar untuk membina kilang pemprosesan tanaman ini, diharap ia dapat membantu membasmi kemiskinan kepada ibu tunggal dan graduan menggangur.

Dijangka pada 2015, dunia akan mendapat keuntungan sebanyak RM 63 billion hasil daipada penanaman Stevia sebagai alternatif untuk menggantikan gula.



UNTUK BEKALAN ANAK BENIH STEVIA HUBUNGI :
EN. MOZAID MD. DIN

( EXECUTIVE MANAGER STEVIA )
- C.T. LANG DEVELOPMENT (M) SDN. BHD.
: 0 1 2 - 6 4 2 5 1 0 6

Isnin, 21 Disember 2009

POKOK STEVIA BERUSIA 3 BULAN

DIAM TAK DIAM, SUDAH 3 BULAN USIA
POKOK STEVIA KAMI DI HULU LANGAT INI.
BERMULA KERJA TANAH DAN MENANAM
PADA SEPTEMBER 2009.


DALAM TEMPOH 3 BULAN INI, DAUN STEVIA
SUDAH BOLEH DITUAI HASILNYA.

SEGAR DAN SANGAT MANIS
DAUNNYA BILA DIKUNYAH BEGITU SAJA


HASIL DAUN YANG TELAH DITUAI,
DIJEMUR HINGGA MENJADI DAUN KERING
SEBELUM DIHANTAR UNTUK PEMPROSESAN GULA STEVIA.

MANAKALA, BUNGANYA JUGA ADALAH HASIL JUGA,
TETAPI UNTUK PEMPROSESAN PERUBATAN CINA.