Rabu, 23 Februari 2011

TAPAK CADANGAN PROJEK PERLADANGAN STEVIA DI BATU 10, GOMBAK, SELANGOR


TAPAK CADANGAN PROJEK
PERLADANGAN STEVIA 
DI TANAH SELUAS 1 EKAR 
MILIK TENGKU HADI & KELUARGA
DI BATU 10, GOMBAK, SELANGOR



 TANAHNYA DI DAPATI MASIH TERDAPAT BELUKAR DAN 
ADA BEBERAPA POKOK YANG BESAR SEPERTI
 POKOK DURIAN & MANGGIS









LANGKAH PERTAMA YANG PERLU DI AMBIL IALAH
MENEBANG POKOK-POKOK DURIAN DAN POKOK-POKOK MANGGIS
HINGGA MEMBONGKAR KELUAR AKAR-AKARNYA

MEMBERSIH DAN MERATAKAN TANAH



LANGKAH KEDUA MEMBAJAK TANAH,
ROTO, MEMBINA PAGAR, PONDOK,
TOWER TANK DAN
RUMAH PEMBENIHAN




LANGKAH KETIGA MEMBINA BATAS,
YANG DI TUTUP DENGAN PLASTIC SILVERSHINE
DAN MENYAMBUNG SISTEM PAIP SPRINKLE


LANGKAH KE-EMPAT MENANAM ANAK BENIH STEVIA
DENGAN ANGGARAN 5000 POKOK
SEBAGAI PERMULAAN POKOK INDUK STEVIA









 KERJA-KERJA MENEBANG POKOK, MEMBERSIH, MERATAKAN,
ROTO TANAH, MEMBINA PAGAR, PONDOK, BATAS
DAN SISTEM PAIP SPRINKLER,
HINGGA MENANAM ANAK BENIH STEVIA,

DI JALANKAN OLEH SYARIKAT KONTRAKTOR PERLADANGAN STEVIA

" PERNIAGAAN BERSAMA NADIMAS "




Isnin, 21 Februari 2011

KHIDMAT PERUNDING PERLADANGAN STEVIA DI SUNGAI MERAB, BANGI, SELANGOR


  

 

LAWATAN PAKLONG DI ATAS JEMPUTAN 
PENGUSAHA LADANG STEVIA ;
EN. ABDUL RAHMAN SELAMAT
UNTUK MEMBERI KHIDMAT PERUNDING 
PERLADANGAN STEVIA 
DI ATAS TANAH PAJAKAN BELIAU
DI SUNGAI MERAB, BANGI, SELANGOR


LADANG STEVIA SELUAS 2 EKAR INI TELAH DI USAHAKAN
OLEH PELADANG EN. ABDUL RAHMAN SELAMAT
DARI BULAN JUN TAHUN 2010


ANTARA FAKTOR KEGAGALAN
 MEMBESARKAN POKOK INDUK STEVIA,
MENGHASILKAN DAUN STEVIA BERKUALITI
DAN ANAK BENIH STEVIA SEGAR
SELEPAS TUAIAN PERTAMA
DI KENAL PASTI ADALAH KERANA ;

PENGUSAHA KURANG MEMBERI PERHATIAN KEPADA TANAMAN
SEPERTI CARA PENUAIAN; KERATAN BATANG YANG TIDAK BETUL, 
TEMPOH PEMBAJAAN YANG TIDAK TERATUR, 

FAKTOR TANAH KERAS TIDAK DI GEMBUR 
DAN BERKOMPOS,
TANAH BERASID DAN BERUMPUT PANJANG

PENGURUSAN LADANG YANG TIDAK CEKAP
JUGA FAKTOR UTAMA MENYEBABKAN KEGAGALAN
MENDAPATKAN HASIL SEBENAR STEVIA INI


TEMPAT PEMBENIHAN STEVIA BEGINI TIDAK SESUAI KERANA
DI LETAKKAN DI ATAS TANAH DAN TERLALU REDUP


RANGKA RUMAH PEMBENIHAN ANAK POKOK STEVIA
SEDIA ADA INI PERLU DI BAIK PULIH SEMULA


  ATAP PLASTIK LUTSINAR ADALAH YANG SESUAI DI GUNAKAN
UNTUK MENDAPAT PENCAHAYAAN YANG SECUKUP
KE DALAM RUANGAN RUMAH PEMBENIHAN STEVIA

MEMBINA TEMPAT BERPARA UNTUK MELETAKKAN 
ANAK POKOK STEVIA
DAN MEMBINA SISTEM PAIP AIR PENYIRAMAN


UNTUK MENDAPATKAN DAUN STEVIA 
YANG BERKUALITI DAN ANAK BENIH STEVIA SEGAR
POKOK INDUK STEVIA MESTI DI JAGA & DI RAWAT SELALU
BAGI MENJAMIN HAYAT POKOK INDUK STEVIA INI




EN. WAN ISMAIL, EN. WAN DAN EN. ISMAIL
BAKAL PELADANG STEVIA DARI MANJONG, PERAK
TURUT SERTA MELAWAT DAN MEMPELAJARI
PERLADANGAN STEVIA INI


" TOWER TANK "
SUMBER DARI AIR PAIP BIASA DI NAIKKAN KE TANGKI
UNTUK PENYIMPANAN DAN SARINGAN AIR KLORIN
BARU DI SALURKAN SEMULA AIR KE PAIP SPRINKLER
TANPA MENGGUNAKAN KUASA ELEKTRIK ATAU GENERATOR


SISTEM PAIP AIR SPRINKLER ADALAH YANG TERBAIK 
DI GUNAKAN UNTUK PENYIRAMAN POKOK STEVIA KERANA 
DAPAT MEMBASAHKAN KESELURUHAN POKOK DAN TANAH
DENGAN KELEMBAPAN YANG SERATA





KHIDMAT PERUNDING PERLADANGAN STEVIA
AMAT DI PERLUKAN UNTUK MEMASTIKAN
SUPAYA PENGUSAHA DAPAT MENINGKATKAN
PENGHASILAN DAUN KERING STEVIA 
DAN ANAK BENIH STEVIA YANG BERMUTU TINGGI
MENGIKUT SPESIFIKASI YANG DI TETAPKAN
DAN BAGI MENJAMIN PASARANNYA DI MASA AKAN DATANG



Selasa, 15 Februari 2011

PERLADANGAN STEVIA DI HULU SELANGOR


PERLADANGAN STEVIA PUAN HAWA ;
PEMILIK TANAH, PENGUSAHA LADANG STEVIA
DAN MODAL PELABURAN STEVIA


PERLADANGAN STEVIA DI HULU SELANGOR
KINI SUDAH MULA BEROPERASI
DALAM KELUASAN TANAH 1 EKAR

OPERASI ADALAH ; MENANAM POKOK INDUK STEVIA,
PEMBENIHAN STEVIA, PENGHASILAN DAUN KERING STEVIA,
JUALAN ANAK POKOK STEVIA 

5000 POKOK INDUK STEVIA 
DI JANGKA AKAN DI TANAM  SECARA BERPERINGKAT
DI DALAM KELUASAN TANAH 1 EKAR INI






CADANGAN 2 EKAR TANAH AKAN DI BANGUNKAN
SETELAH FASA 1 EKAR PENANAMAN STEVIA INI BERJAYA BERHASIL



SUMBER AIR SUNGAI DI SINI SUDAH MEMUDAHKAN DAN
AMAT PENTING UNTUK PENYIRAMAN
TANAMAN STEVIA PADA SETIAP HARI

KAEDAH MENGEPAM AIR NAIK DARI SUNGAI 
IALAH DENGAN MENGGUNAKAN WATER PUMP
DI SEDUT KE TANGKI TAKUNGAN AIR DAN
MENGGUNAKAN SPRINKLER UNTUK PENYIRAMAN




Rabu, 2 Februari 2011

JUALAN LADANG STEVIA SAMBIL MEMBUKA PELUANG KEPADA BAKAL PENANAM STEVIA DI MALAYSIA


JUALAN LADANG STEVIA DI BATU 14, HULU LANGAT, SELANGOR
PADA HARI SABTU, 29hb JANUARI 2011 DAN 
TELAH BERJAYA MENARIK MINAT PENGUNJUNG YANG HADIR 
UNTUK MENANAM STEVIA


PAKLONG DAN PAKLAH MEMBERI SERBA SEDIKIT 
PENERANGAN TENTANG ASPEK TANAMAN STEVIA, 
KERENAH DAN PENJAGAANNYA
KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR PADA HARI JUALAN TERSEBUT





KEPERLUAN PEMANIS @ GULA DARI STEVIA SEMAKIN POPULAR 
DI KALANGAN MEREKA YANG MEMENTINGKAN KESIHATAN
KELEBIHANNYA IA SANGAT MANIS DAN DI PERCAYAI
BOLEH MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT
TERUTAMANYA ; KENCING MANIS, DARAH TINGGI DAN PENYAKIT JANTUNG


SETIAUSAHA G.E.C. ; EDORA JUGA MENERANGKAN KEPADA PENGUNJUNG
KAEDAH MENANAM DAN PENJAGAAN POKOK STEVIA CARA YANG BETUL



DI JEPUN LEBIH 50 % PRODUK MAKANAN, MINUMAN, HERBA
TELAH MENGGUNAKAN GULA STEVIA SEBAGAI PENGGANTI GULA TEBU
KE DALAM PRODUK-PRODUK MEREKA TERMASUK COCA-COLA, PEPSI
KERANA IANYA TERBUKTI GULA SELAMAT DAN BERKHASIAT

TUJUAN MEREKA MAHUKAN RAKYAT YANG LEBIH SEHAT
DAN SETERUSNYA MENJADI RAKYAT NEGARA MINDA KELAS PERTAMA
PADA MASA AKAN DATANG


PAKLONG MENERANGKAN ANTARA KEBAIKAN GULA STEVIA
DAN KHASIATNYA KEPADA PENGAMAL STEVIA


PAKLONG DAN PAKLAH MENERANGKAN TENTANG KOS-KOS 
PENANAMAN STEVIA DAN KOS-KOS PENYEDIAAN TANAH





PENGUNJUNG DI BERI MELAWAT LADANG STEVIA 
DAN MENCUBA RASA DAUN MANIS YANG MASIH SEGAR




PELBAGAI JUALAN PRODUK BERASASKAN GULA STEVIA
SEPERTI GULA PASIR STEVIA, SERBUK GULA STEVIA, TEH / KOPI STEVIA, 
JUS BUAH-BUAHAN, AIR BERKARBONAT, DAUN KERING STEVIA 
DAN ANAK POKOK STEVIA DI JUAL
DENGAN HARGA YANG MURAH DARI LADANG









TERIMA KASEH KEPADA PARA PENGUNJUNG YANG HADIR, 
ADINDA EDORA, ANAKANDA NADIA, SOFEA DAN NABILA
YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM
PADA JUALAN LADANG STEVIA PADA HARI TERSEBUT