Setelah sektor pembuatan dan perkhidmatan mengalami
kemerosotan teruk di seluruh dunia,
projek pertanian adalah satu alternatif kerana pertanian mampu
mengeluarkan makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan pengguna.Malaysia juga mula menumpu perhatian kepada sektor pertanian.
Perdana Menteri baru YAB Datuk Seri Najib Tun Razak
juga memberi penekanan supaya pertanian dipertingkatkan.Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan masalah gula.
Masalah kekurangan gula ini sedikit sebanyak dapat diatasi
dengan pengeluaran bahan pemanis alternatif.Satu-satu tanaman yang dapat menghasilkan gula alternatif
ialah Stevia Rebaudiana yang ekstraknya mempunyai kemanisan
melebihi 200-300 kali manis daripada gula tebu atau gula beet.
Stevia Rebaudiana mengandungi zero kalori,
tidak mempunyai karbohidrat dan tidak bertoksik.Pada 17hb Disember 2008,
Food and Drug Administration Amerika Syarikat (USFDA)
telah memberi kelulusan kepada Stevia
diguna sebagai makanan tambahan.
Sebelum ini di atas tekanan pembuat pemanis tiruan
yang menggunakan bahan beracun Aspartame
memakai jenama PalSweet dan Equal,
dengan itu FDA mencegah penggunaan Stevia
melainkan hanya sebagai bahan ubatan.Pembuat-pembuat minuman di Jepun, Amerika Syarikat,
Australia, New Zealand dan Negara Amerika Selatan
berlumba-lumba mengeluarkan minuman tanpa kalori
menggunakan Stevia sebaik sahaja
FDA memberi kelulusan penggunaannya.
Pengguna-pengguna ekstrak Stevia ialah syarikat minuman gergasi
Coca-Cola, Pepsi Cola dan Cargill
dan pembuat minuman dan makanan Jepun.Oleh sebab Stevia tidak mempunyai kalori
dan tidak berkarbohidrat ianya sangat sesuai untuk digunakan
oleh mereka yang mempunyai masalah gula dalam darah
seperti pengidap diabetes dan juga mencegah diabetes. Adalah hasrat G.E.C untuk berkerjasama dengan kerajaan dan penanam persendirian yang mana C.T Lang Development (M) Sdn. Bhd menyediakan benih, kepakaran dan seterusnya membeli balik keseluruhan hasil yang dikeluarkan di bawah konsep ' Smart Partnership ' atau ' Strategic Alliance ' yang mana kedua-dua pihak swasta, pengusaha persendirian dan kerajaan mendapat faedah bersama. ' Smart Partnership ' adalah berbentuk :-
- Usahasama. Di bawah konsep ini kerajaan dan swasta akan memegang equiti dalam usahasama. Kerajaan akan menyediakan tanah serta memegang equiti di dalam syarikat usahasama.
- ' Spara Usahasama '. Di bawah konsep ini kerajaan hanya menyediakan tanah yang sesuai dan sais yang diperlu untuk kerjayaan projek. Keseluruhan modal perlaksanaan di sediakan oleh syarikat. Pihak syarikat di atas penggunaan tanah akan membayar sebanyak 15% - 20% dari hasil pendapatan projek kepada kerajaan.
- ' Contract Farming '. Penanam persendirian mengusaha sendiri dengan C.T Lang Development (M) Sdn. Bhd. menyediakan benih dan kepakaran serta seterusnya membeli keseluruhan hasil yang di keluarkan.
Kerajaan negeri juga boleh memperuntukkan tanah secara milik yang di perlu untuk penanaman tanaman-tanaman yang akan kami usahakan.
APA DIA STEVIA ?
STEVIA BUKAN SAJA INDAH PADA NAMA
TETAPI UNIK KERANA KHASIAT DIHASILKAN
DAUNNYA BOLEH MENGGANTIKAN GULA Stevia adalah dari famili Chrysanthemum
dan tumbuh secara liar di Paraguay dan Brazil.
Kandungan glycosides di dalam daunnya
dan termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis. BERAPA BANYAK JUMLAH STEVIA DIGUNA DI SELURUH DUNIA ?
Dianggarkan permintaan Stevia pada masa kini ialah
melebihi 2000 ton setahun.
Jepun telah menggunakan Stevia sebagai pemanis
untuk minuman dan makanan melebihi 60%
kadar penggunaan gula Stevia.
Penggunaannya telah bertambah dengan
Australia, New Zealand, Canada, China, Korea dan
Negara-negara Pacific telah beralih penggunaan
dari pemanis gula tebu dan beet kepada Stevia. APAKAH SIKAP FDA TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA ?FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia,
dan ianya boleh di guna sebagai bahan ubatan.
Tetapi pada 17.12.2008, FDA telah menerima Stevia sebagai
' Generally Recognized as Safe ' (GRAS)
dan boleh digunakan sebagai makanan tambahan.Mulai dari tarikh ini berlumba-lumbalah
pembuat minuman gergasi dunia seperti Coca-Cola, PepsiCola, Cargill
dan pembuat makanan Nestle menggunakan
Stevia sebagai pemanis untuk makanan dan minuman. DIMANA STEVIA DITANAM ?Sebahagian besar Stevia ditanam di Paraguay, Brazil, China dan Jepun
serta Negara Pasific lain seperti India, Thailand dan terkini di Malaysia. ADAKAH STEVIA DIGUNA DI DALAM PEMBUATAN MAKANAN ?Pertama, ianya diguna sebagai pengganti kepada gula dan gula tiruan.Kedua, ianya diguna dengan meluas di Jepun
di dalam pembuatan makanan
dan gula-gula seperti Wrigley's gum tanpa gula;
Beatrice Food menggunakan Stevia untuk membuat
yogurts dan diet Coke yang dikeluarkan oleh Coca-Cola.Juga diguna di dalam membuat jeruk asam,
makanan laut kering dan beberapa jenis makanan lain. ADAKAH STEVIA SELAMAT DIGUNAKAN ?
Keseluruhanya Stevia adalah herbal asli dan telah digunakan oleh kaum Gurani
di Paraguay lebih dari 1500 tahun dahulu.
Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid.
Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai
untuk di guna oleh mereka yang mempunyai
masalah kandungan gula tinggi dalam darah.
BERAPA KALI MANIS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?Daun Stevia mempunyai kemanisan 15 hingga 20 kali
manis daripada gula.
Ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95%)
didapati 200-300 kali manis dari gula biasa.Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit. BOLEHKAH STEVIA MENGGANTIKAN PEMANIS TIRUAN ?Tentu sekali boleh. Dijangka di dalam masa yang singkat ini
Stevia akan digunakan melebihi 20% penggunaan
pemanis untuk membuat minuman dan makanan. Lagi pun ianya 40% lebih murah berbanding
dengan penggunaan gula biasa. BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGGUNA STEVIA ?Tentu sekali boleh. Ianya boleh diguna kerana
ia tidak menambah kandungan gula dalam darah. BAGAIMANAKAH EKSTRAK DIHASILKAN ?
Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten.
Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah
water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic.
BERAPA KOS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?Sebagai perbandingan, kalau mengguna gula biasa,
kosnya USD 12.00 berbanding dengan Stevia
yang kosnya hanya ialah USD 0.40, iaitu 15 kg gula biasa
sama manisnya dengan 1 kg Stevia ekstrak.
APAKAH PEMBUNGKUSAN STEVIA UNTUK DI PASAR ?
Ekstrak Stevia di pasarkan secara cecair, capsule,
tablet atau secara powder.
Daun yang dihancurkan kepingan kecil boleh
dibungkus menjadi teh uncang.
BOLEHKAH RASA PAHIT STEVIA DIHAPUSKAN ?Professor dari Chemical Engineering Pilot Plant ( CEPP )
Universiti Teknologi Malaysia,
telah menemui kaedah prosesan
yang boleh menghilangkan rasa pahit.Ini bermakna tiada perbezaan rasa
pemanis Stevia dengan gula biasa. ADAKAH STEVIA MENGANDUNGI VITAMIN DAN MINERAL ? Stevia didapati mengandungi hampir seratus peratus
phytonutrients dan minyak mudah meruap ( volatile oil ),
termasuk Rutin dan B-Sitosterol.
BAHAN AKTIF YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS RASA MANIS PADA DAUN STEVIA DIKENALI SEBAGAI STEVIOL GLYCOSIDES YANG MENGANDUNGI STEVIOSIDE DAN REBAUDIOSIDE