Selasa, 25 Januari 2011

TANAMAN STEVIA DI HALAMAN RUMAH DAN DI TANAH TERBIAR BELAKANG RUMAH


PENANAMAN STEVIA DI HALAMAN RUMAH KINI 
TELAH DI PERLUASKAN OLEH PAKLONG PULA,
DAN IANYA SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN
DAN DI MINATI RAMAI OLEH PARA SURI RUMAH DAN BAGI 
MEREKA YANG GEMARKAN " KITCHEN GARDENING "
PENGUSAHA STEVIA SECARA KECIL-KECILAN


PUAN HAJJAH JAMALIAH BABA, SETIAWANGSA
HANYA MEMERLUKAN KELUASAN 
TANAH 10' x 10' DI HALAMAN RUMAHNYA


BATAS PERLU DI BUAT TERLEBIH DAHULU
KEMUDIAN 100 ANAK POKOK STEVIA 
DALAM POLYBAG DI PINDAHKAN 
KE BATAS TANAH DI HALAMAN RUMAH


SETELAH ANAK POKOK STEVIA DALAM POLYBAG
DI PINDAHKAN KE BATAS TANAH,
TANAH HITAM DAN BAJA PULA 
DI TABUR DI ATAS BATAS
SERTA DI SIRAM AIR TANPA KLORIN 
2 KALI SEHARI ( PAGI & PETANG )
BAGI MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN POKOK STEVIA
DAN MENGGALAKKAN DAUN STEVIA BERKEMBANG


TEMPOH TUAIAN POKOK STEVIA IALAH SELEPAS 
3 BULAN DI TANAM KE BATAS TANAH



HASIL TUAIAN DAUN STEVIA YANG KERING
DI RENDAM BERSAMA AIR PANAS
DAN DI JADIKAN MINUMAN TEH STEVIA
UNTUK SEISI KELUARGA

JIMAT !! TIDAK PERLU MEMBELI TEH DAN GULA LAGI
KERANA TEH STEVIA MEMANG MANIS DAN BERKHASIAT
" SUNGGUH ENAK DI MINUM PANAS & SEJUK"


PENANAMAN POKOK STEVIA 
DI TANAH TERBIAR BELAKANG RUMAH
JUGA DI MULAKAN BAGI YANG INGIN MENCUBA 
DAHULU TENTANG SELOK BELOK TANAMAN STEVIA INI
SEBELUM TERLIBAT DALAM PERLADANGAN



PENANAMAN POKOK STEVIA DENGAN
KOS YANG RENDAH DAN HANYA 
MEMERLUKAN 5 TRAY SAHAJA
( 500 ANAK POKOK STEVIA )
SUDAH MENCUKUPI DI JADIKAN POKOK INDUK
UNTUK PERMULAAN TANAMAN STEVIA INI
SECARA PERCUBAAN DAN KECIL-KECILAN


AIR TAKUNGAN TADAHAN HUJAN DI GUNAKAN
UNTUK PENYIRAMAN POKOK STEVIA
JIKA TIADA SUMBER AIR SEMULAJADI


SEBAIKNYA JANGAN GUNAKAN 
AIR PAIP YANG MENGANDUNGI KLORIN
UNTUK MENGELAKKAN TANAMAN POKOK STEVIA ITU MATI



POKOK STEVIA YANG BERUSIA 4 BULAN KEATAS 
SUDAH MATANG MENJADI POKOK INDUK STEVIA
DAN SUDAH BOLEH DI BUAT CANTASAN UNTUK 
PETUNASAN ANAK POKOK STEVIA YANG BARU




SETELAH MENGETAHUI CARA 
PEMBENIHAN ANAK POKOK STEVIA
DARI POKOK INDUK STEVIA
PENGUSAHA BOLEHLAH MENAMBAH LAGI 
BILANGAN ANAK POKOK STEVIA
KE BATAS TANAH YANG LEBIH LUAS LAGI
TANPA MENGELUARKAN LAGI KOS
ANAK POKOK STEVIA YANG BARU 


ANAK-ANAK POKOK STEVIA YANG SUDAH 
BERUSIA 3 MINGGU DI DALAM TRAY
AKAN DI PINDAHKAN SEGERA KE BATAS TANAH
 ATAU KE DALAM POLY BAG
SUPAYA DAPAT MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN 
AKAR DAN CEPAT MEMBESAR


PENGUSAHA STEVIA SECARA 
KECIL-KECILAN INI JUGA
DAPAT MENAMBAHKAN PENDAPATAN SAMPINGAN
DARI HASIL JUALAN TUAIAN DAN ANAK POKOK STEVIA


SETELAH PENGUSAHA MENGETAHUI CARA 
PEMBIAKAN ANAK POKOK STEVIA INI,
BOLEH DI JUAL SEMULA KEPADA JIRAN TETANGGA
ATAU INDIVIDU YANG MEMERLUKAN 
POKOK STEVIA INI
SEBAGAI TANAMAN HIASAN ATAU 
TANAMAN HERBA MANIS DAN UBATAN







ANTARA KEBAIKAN MENANAM STEVIA :
 JADIKAN STEVIA AMALAN MANISAN ANDA SETIAP HARI
JUGA DAPAT MENJIMATKAN KOS MANISAN

DAN KHASIAT STEVIA DAPAT MENCEGAH ;


DIABETES, DARAH TINGGI, PENYAKIT JANTUNG,
KEGEMUKAN DAN MASALAH KULIT 

" KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENCUBA MENANAM STEVIA
DAN BAKAL PENGUSAHA STEVIA SECARA KECIL-KECILAN, "


HUBUNGI KONTRAKTOR PERLADANGAN STEVIA :

PERNIAGAAN BERSAMA NADIMAS
0 1 2 - 9 2 6 0 7 7 9

" KAMI MEMBEKAL ANAK POKOK STEVIA,
KERJA TANAH, KHIDMAT NASIHAT TEKNOLOGI
DAN MEMBELI SEMULA HASIL DAUN KERING STEVIA "

SILA KLIK UNTUK LIHAT PETA ;
http://steviamalaya.webs.com/apps/location/




Isnin, 10 Januari 2011

JEMPUTAN KHAS DALAM RANCANGAN MALAYSIA HARI INI TV3 - STEVIA BOLEH GANTI GULA



 


YDP MOZAID (PAKLONG) SEDANG MENUNGGU DI LUAR STUDIO MHI
UNTUK SLOT YANG PERTAMA DALAM MHI PAGI ISNIN, 10.01.11



SIARAN LANGSUNG DALAM STUDIO MHI
PUAN WARDINA SEDANG MENEMURAMAH PAKLONG
BERKENAAN STEVIA BOLEH MENGGANTIKAN GULA
SERTA ASPEK PENANAMAN STEVIA DI MALAYSIA

PAKLONG MENYERU RAKYAT MALAYSIA AGAR 
MULA MENANAM POKOK STEVIA REBAUDIANA INI,
BAGI TUJUAN MENGGUNAKANNYA SEBAGAI PENGGANTI GULA
SUPAYA PENGGUNA AKAN LEBIH SEHAT 
DENGAN PEMANIS ASLI STEVIA INI
YANG SEMEMANGNYA SELAMAT DI GUNAKAN
DAN MESRA DIABETES


SLOT KEDUA DATO' IBRAHIM BIN ISMAIL
KETUA PENGARAH : JABATAN MUZIUM MALAYSIA
PAMERAN SETEM 1 MALAYSIA 1 DUNIA



SLOT KETIGA ANA RAFFALI
PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU YANG KE 25

" TAHNIAH !!! CIK ANA "

PUAN WARDINA BERAMAH MESRA DENGAN
JUARA AJL KE-25, ANA RAFFALI
" TOLONG INGATKAN AKU "
( setiap hari ambil pemanis STEVIA ye !! hehe)


PAKLONG MEMBERI PENERANGAN RINGKAS 
TENTANG PENANAMAN & PENJAGAAN STEVIA
KEPADA PUAN ATI, PENOLONG PENERBIT MHI
DAN PUAN WARDINA, PENGACARA MHI









TERIMA KASEH KEPADA PIHAK TV3 TERUTAMA MHI & CREW
ESPECIALLY PENGACARA MHI PUAN WARDINA
KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA PAKLONG 
MEMBERIKAN SEDIKIT PENERANGAN TENTANG POKOK STEVIA
SEBAGAI PENGGANTI GULA KEPADA RAKYAT MALAYSIA
SUPAYA MENGGUNAKANNYA UNTUK MENDAPATKAN KESIHATAN
YANG BAIK SERTA MENJIMATKAN KOS PEMANIS

TIDAK DI LUPAKAN JUGA TERIMA KASEH 
KEPADA ANAKANDA NADIA YANG BANYAK MEMBANTU AYAHANDA, 
DATO' IBRAHIM DAN ANA RAFFALI
YANG TERLIBAT BERSAMA DALAM MENJAYAKAN 
PROGRAM MHI HARI INI PADA HARI ISNIN, 
10hb JANUARI 2011, 8.00 PAGI.


Khamis, 6 Januari 2011

TAKLIMAT STEVIA DI LADANG KEPADA BAKAL PENANAM STEVIA DI MALAYSIA


PAKLONG MEMULAKAN TAKLIMAT RINGKAS DI LADANG
BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN PENANAMAN STEVIA
KEPADA BAKAL PENANAM STEVIA
DARI SELANGOR, PERAK DAN TERENGGANU YANG HADIR
ROMBONGAN INI TELAH DI KETUAI OLEH EN. NORMAN & PN. NIKI


MANUAL RINGKAS PENANAMAN STEVIA REBAUDIANA
 
 PENYEDIAAN TANAH AMAT PENTING
* KENAL PASTI TANAH YANG SESUAI - pH 5 - 8
* TIDAK BERTAKUNG AIR
* BUAT PEPARITAN

BINA PAGAR
* PAGAR KELILING UNTUK MENGELAKKAN MUSUH SEPERTI LEMBU / KAMBING

SUMBER AIR
* BINA 1 PUNCA AIR BERTUJUAN PENYIRAMAN TANAMAN
* GUNA SPRINKLER UNTUK PENYIRAMAN

MEMBAJAK
* PERTAMA BAJAK PIRING
* KEDUA BAJAK ROTO UNTUK MENGHANCURKAN TANAH
* TABUR BAJA TAHI AYAM / KELAWAR / KAMBING / LEMBU


BATAS & PLASTIK SILVERSHINE
 * BATAS BERSAIZ LEBAR 4'
 * LALUAN ANTARA BATAS 2' - 3'
 * GUNAKAN PLASTIK SILVERSHINE MENUTUP BATAS
 * LUBANGKAN PADA BATAS 1' x 1' x 1'
 ( SEBARIS BUAT 3 LUBANG UNTUK TANAMAN )


MENANAM
 * PILIH ANAK BENIH STEVIA YANG BAIK & SEGAR
 * MENANAM DI AWAL PAGI ATAU DI LEWAT PETANG


 PENYIRAMAN
* SIRAMAN DI BUAT PAGI & PETANG 
( AKTIFKAN SPRINKLER )



CANTASAN & PEMBAJAAN
* POKOK STEVIA YANG DI TANAM MESTI DI CANTAS 4" DARI TANAH
* PEMBAJAAN DI BUAT SELEPAS MENCANTAS ( TUAIAN )
* GUNA HANYA BAJA ORGANIK


SELEPAS MENANAM
 * PEMERIKSAAN POKOK MESTI KERAP DI LAKUKAN
 * PASTIKAN PLASTIK SILVERSHINE TIDAK MENUTUP POKOK AKIBAT ANGIN
 * MANA-MANA POKOK YANG MATI PERLU DI GANTI SEGERA

 
  
PENJAGAAN RUMPUT RUMPAI
 * PASTIKAN TIADA RUMPUT RUMPAI TUMBUH BERSAMA POKOK STEVIA
* SEKIRANYA TERDAPAT KULAT PADA BATANG POKOK STEVIA,
 POKOK TERSEBUT PERLU DI SEMBUR RACUN KULAT
 * JIKA PENYAKIT KULAT AGAK BAHAYA,
 POKOK TERSEBUT PERLU DI CABUT & MUSNAHKAN


TUAIAN
 * TUAIAN PERTAMA BOLEH DI BUAT PADA MINGGU KE 9-10
 * TUAIAN BERIKUT BOLEH DI BUAT PADA MINGGU KE 4 SETIAP BULAN
 * TUAIAN PERLU BETUL PADA DAHAN / BATANG TERTENTU


BERSIH DAN JEMUR HASIL TUAIAN
* HASIL DAUN & BUNGA STEVIA DI RELAI DAHULU DARI BATANG
* CUCI BERSIH DAUN & BUNGA STEVIA SEBELUM JEMURAN
 * HASIL DAUN KERING STEVIA DI SIMPAN DALAM BEKAS SESUAI



PEMPROSESAN
 * ADA BEBERAPA FACILITY YANG BOLEH MEMPROSES HASIL STEVIA
* PEMPROSESAN EXTRACT STEVIA BOLEH DI DAPATI DI UTM, UPM & USM



PASARAN DAUN & BUNGA STEVIA BESERTA EXTRACT STEVIA SANGAT MEMBERANGSANGKAN PEMBELI & PENGGUNA ADALAH :-
 * PEMBUAT DAN PENGEDAR MINUMAN BERASASKAN HERBA
 * PENGGUNA PENGIDAP PENYAKIT KENCING MANIS & PENYAKIT LAIN2
 * NESTLE (M) SDN. BHD. MENGGUNAKAN EXTRACT STEVIA DALAM YOGURT
 * HOSPITAL PERSENDIRIAN SEPERTI CARE 4 U


ANDAIAN PENDAPATAN HASIL PENANAMAN STEVIA
 * ANGGARAN TUAIAN DAUN SETIAP POKOK IALAH 13 - 20 GRAM ( 1x TUAIAN )
* ANGGARAN TUAIAN BUNGA SETIAP POKOK IALAH 20 GRAM ( 1x TUAIAN )
 * HARGA PASARAN STEVIA SEMASA DI MALAYSIA IALAH RM 30 SEKILO
 * KOS PERBELANJAAN BOLEH JIMAT DENGAN PETANI MENGUSAHAKAN SENDIRI