Rabu, 2 Disember 2009

PENGUSAHA TANAMAN POKOK STEVIA REBAUDIANA DI TELUK INTAN, PERAK

EN. RAHIM BERCADANG MENGUSAHA
TANAMAN POKOK STEVIA REBAUDIANA
DALAM 1 EKAR TANAH MILIKNYA
DI TELUK INTAN, PERAK

EN. MOZAID MELAWAT TAPAK CADANGAN
MENANAM POKOK STEVIA REBAUDIANA
DI TANAH MILIK EN. RAHIM AHMAD

FIZIKAL TANAH MILIK EN. RAHIM TIADA BANYAK MASALAH
HANYA TINGGAL UNTUK BAJAK 1, 2 DAN MENAIKKAN BATAS
SETERUSNYA SUDAH BOLEH DI TANAM

SAMPEL TANAH JUGA DI AMBIL
BAGI MENGETAHUI pH TANAH TERSEBUT
SUPAYA DAPAT DI KENAL PASTI MASALAH AWAL TANAHNYA

pH TANAH YANG SESUAI IALAH DI ANTARA 5.0 - 8.8


Sabtu, 14 November 2009

PAMERAN STEVIA REBAUDIANA DI 1 BORNEO, KOTA KINABALU, SABAH

PAMERAN & JUALAN POKOK GULA STEVIA
BERSEMPENA

PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN USIA KE 23
( PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH )
Y.A.BHG TUN DATUK SERI PANGLIMA (DR) HJ. SAKARAN DANDAI
( YANG DIPERTUA USIA )
YANG DIRASMIKAN OLEH Y.A.BHG TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD
( YANG DIPERTUA PERKIM )

14 - 15 NOVEMBER 2009
BERTEMPAT DI 1 BORNEO GRAND BALLROOM
KOTA KINABALU, SABAH

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DAN TUN SAKARAN DANDAI
SERTA AHLI MT USIA, SEMPAT MELAWAT GERAI PAMERAN STEVIA
KAMI DAN MENCUBA RASA DAUN STEVIA DAN GULA STEVIA

TUN MAHATHIR JUGA MENANYAKAN KEPADA YDP MOZAID,

' gula stevia ni mai mana ? '

YDP MOZAID MEMBERI PENERANGKAN TENTANG
DAUN STEVIA YANG TELAH DI PROSES MENJADI GULA
INI OLEH SYARIKAT STEVICO, JAPAN
MENGGUNAKAN KAEDAH NANO STEAM TECHNOLOGY.


KATA TUN,
' baguihh la, patut la ada bendera Jepun '


YDP MOZAID SEMPAT MEMUJI BELIAU DENGAN MENGATAKAN,
' ayahanda Tun la yang Pertama membawa benih Stevia di Malaysia untuk di tanam '


TUN MAHATHIR MENJAWAP SECARA SELORO TERSENYUM,
' ya la, tapi belum nak jadi lagi '


YDP MOZAID KATAKAN,
' insyaAllah kami akan usahakan hingga berjaya juga restu Ayahanda '


TUN MAHATHIR BERKATA,
' teruskan saja, insyaAllah boleh '


YDP MOZAID MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH
DI ATAS SOKONGAN MORAL BELIAU


EN. AMINUDDIN MEMBERI PENERANGAN TENTANG ASPEK
PENANAMAN STEVIA KEPADA EN. SYUKRI DARI KOTA KINABALU







YDP MOZAID MENERANGKAN TENTANG APLIKASI
GULA STEVIA DALAM MAKANAN KEPADA PERWAKILAN USIA

PN. ENAWATI SEDANG MENGISI BORANG 
MENJADI PENGEDAR GULA STEVIA

PENGUNJUNG GERAI PAMERAN DIBERI MENCUBA RASA DAUN DAN
GULA STEVIA YANG TERBUKTI MANIS BILA DIMAKAN

EN. ABDULLAH MEMBERI PENERANGAN TENTANG 
INTIPATI STEVIA KEPADA DATO' MUHAMMAD HATTA,
SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH,
KUNJUNGAN BELIAU KE GERAI PAMERAN STEVIA

EN. AMINUDDIN MEMBERI PENERANGAN TENTANG
ASPEK TANAMAN STEVIA KEPADA PERWAKILAN USIA

PENERANGAN CARA-CARA MENAMAN POKOK STEVIA
DAN KAEDAH PROSES MENJADI GULA

EXTRACT GULA STEVIA

DAUN STEVIA SETELAH DIPROSES MENJADI GULA
300x LEBIH MANIS DARIPADA GULA PUTEH BIASA

ANAK POKOK STEVIA DIJUAL KEPADA
BAKAL PENGUSAHA YANG BERMINAT

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG STEVIA :

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
TUN DR. HJ SAKARAN DANDAI
AHLI MT USIA
&
EN. MOHD. DAUD MADIN
HJH. NORAINI HJ. SALLEH
JAMALUDDIN ISKANDAR
HJH. MAINAH KASIM
PN. KASMA
DATO' MUHAMAD HATTA AB. AZIZ
EN. JENAR LAMDAH
HJ. KAIPIN ROSMIN
HJ. YUSOF MOHAMMAD
PN. ZAITON H.M.
HJ. UDA SALAI
PN. ENAWATI JD. AWANG
PN. KASIMI YIOS
EN. MISNAN WARMAN
EN. SHIDDEQ KUNTALIL
&
YB/TAN SRI/PN. SRI/DATO'/DATIN/ YANG TELAH MENGUNJUNGI PAMERAN
STEVIA 1 BORNEO


Selasa, 27 Oktober 2009

KURSUS TANAMAN STEVIA

KHAMIS - 12 NOVEMBER 2009 - DEWAN USIA, KOTA KINABALU,
SABAH

Sabtu, 17 Oktober 2009

TAKLIMAT STEVIA REBAUDIANA


SESSI TAKLIMAT RINGKAS STEVIA REBAUDIANA
SABTU, 17hb OKTOBER 2009, 11 AM
KEBUN & NURSERI C.T. LANG DEVELOPMENT BT 14, HULU LANGAT, SDE.

TAPAK SEMAIAN STEVIA REBAUDIANA


GM C.T. LANG DEVELOPMENT, EN. ABDULLAH
BERSAMA 2 BAKAL PENGUSAHA STEVIA DARI SABAH,
EN. LAMSIL DAN EN. ANAFIAH


TAKLIMAT TENTANG INTIPATI STEVIA OLEH
GM C.T. LANG DEVELOPMENT, EN. ABDULLAH MOHAMAD


TAKLIMAT TENTANG ASPEK PENANAMAN POKOK STEVIA OLEH
MD. C.T. LANG DEVELOPMENT, EN. MOHD. AMINUDDIN YUSOF

TAKLIMAT TENTANG APLIKASI STEVIA DALAM MAKANAN OLEH
EXEC. C.T. LANG DEVELOPMENT, EN. MOZAID MD. DIN

PESERTA TAKLIMAT SEDANG KHUSUK MENDENGAR
TAKLIMAT STEVIA REBAUDIANA


PESERTA TAKLIMAT MENJAMU SELERA

PEMANIS MAKANAN, MINUMAN DAN KUEH MUEH YANG DIHIDANGKAN ADALAH BERASASKAN DARI GULA STEVIA
' GULA ZERO CALORIE, NON-KARBOHIDRAT, NON-TOKSID '
MESRA DIABETES DAN MESRA DIET
" SELAMAT DAN DIJAMIN KESIHATAN "

' GENERALLY RECOGNIZED AS SAFE '

( GRAS )

< Tempahan Catering : KAK LONG STEVIA HOUSE >
0 1 7 - 6 7 1 7 0 9 0


Isnin, 14 September 2009

STEVIA REBAUDIANA

http://en.wikipedia.org/wiki/Stevia


From Wikipedia, the free encyclopedia

Stevia is a genus of about 240 species of herbs and shrubs in the sunflower family (Asteraceae), native to subtropical and tropical South America and Central America. The species Stevia rebaudiana, commonly known as sweetleaf, sweet leaf, sugarleaf, or simply stevia, is widely grown for its sweet leaves. As a sweetener and sugar substitute, stevia's taste has a slower onset and longer duration than that of sugar, although some of its extracts may have a bitter or licorice-like aftertaste at high concentrations.

With its extracts having up to 300 times the sweetness of sugar, stevia has garnered attention with the rise in demand for low-carbohydrate, low-sugar food alternatives. Medical research has also shown possible benefits of stevia in treating obesity and high blood pressure. Because stevia has a negligible effect on blood glucose, it is attractive as a natural sweetener to people on carbohydrate-controlled diets. However, health and political controversies have limited stevia's availability in many countries; for example, the United States banned it in the early 1990s unless labeled as a supplement. Stevia is widely used as a sweetener in Japan, and it is now available in Canada as a dietary supplement.

TANAMAN POKOK STEVIA REBAUDIANA

Setelah sektor pembuatan dan perkhidmatan mengalami
kemerosotan teruk di seluruh dunia,
projek pertanian adalah satu alternatif kerana pertanian mampu
mengeluarkan makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan pengguna.


Malaysia juga mula menumpu perhatian kepada sektor pertanian.
Perdana Menteri baru YAB Datuk Seri Najib Tun Razak
juga memberi penekanan supaya pertanian dipertingkatkan.


Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan masalah gula.
Masalah kekurangan gula ini sedikit sebanyak dapat diatasi
dengan pengeluaran bahan pemanis alternatif.


Satu-satu tanaman yang dapat menghasilkan gula alternatif
ialah Stevia Rebaudiana yang ekstraknya mempunyai kemanisan
melebihi 200-300 kali manis daripada gula tebu atau gula beet.
Stevia Rebaudiana mengandungi zero kalori,
tidak mempunyai karbohidrat dan tidak bertoksik.


Pada 17hb Disember 2008,
Food and Drug Administration Amerika Syarikat (USFDA)
telah memberi kelulusan kepada Stevia
diguna sebagai makanan tambahan.
Sebelum ini di atas tekanan pembuat pemanis tiruan
yang menggunakan bahan beracun Aspartame
memakai jenama PalSweet dan Equal,
dengan itu FDA mencegah penggunaan Stevia
melainkan hanya sebagai bahan ubatan.


Pembuat-pembuat minuman di Jepun, Amerika Syarikat,
Australia, New Zealand dan Negara Amerika Selatan
berlumba-lumba mengeluarkan minuman tanpa kalori
menggunakan Stevia sebaik sahaja
FDA memberi kelulusan penggunaannya.
Pengguna-pengguna ekstrak Stevia ialah syarikat minuman gergasi
Coca-Cola, Pepsi Cola dan Cargill
dan pembuat minuman dan makanan Jepun.


Oleh sebab Stevia tidak mempunyai kalori
dan tidak berkarbohidrat ianya sangat sesuai untuk digunakan
oleh mereka yang mempunyai masalah gula dalam darah
seperti pengidap diabetes dan juga mencegah diabetes.


Adalah hasrat G.E.C untuk berkerjasama dengan kerajaan dan penanam persendirian yang mana C.T Lang Development (M) Sdn. Bhd menyediakan benih, kepakaran dan seterusnya membeli balik keseluruhan hasil yang dikeluarkan di bawah konsep ' Smart Partnership ' atau ' Strategic Alliance ' yang mana kedua-dua pihak swasta, pengusaha persendirian dan kerajaan mendapat faedah bersama.

' Smart Partnership ' adalah berbentuk :-
  1. Usahasama. Di bawah konsep ini kerajaan dan swasta akan memegang equiti dalam usahasama. Kerajaan akan menyediakan tanah serta memegang equiti di dalam syarikat usahasama.
  2. ' Spara Usahasama '. Di bawah konsep ini kerajaan hanya menyediakan tanah yang sesuai dan sais yang diperlu untuk kerjayaan projek. Keseluruhan modal perlaksanaan di sediakan oleh syarikat. Pihak syarikat di atas penggunaan tanah akan membayar sebanyak 15% - 20% dari hasil pendapatan projek kepada kerajaan.
  3. ' Contract Farming '. Penanam persendirian mengusaha sendiri dengan C.T Lang Development (M) Sdn. Bhd. menyediakan benih dan kepakaran serta seterusnya membeli keseluruhan hasil yang di keluarkan.
Kerajaan negeri juga boleh memperuntukkan tanah secara milik yang di perlu untuk penanaman tanaman-tanaman yang akan kami usahakan.

APA DIA STEVIA ?

STEVIA BUKAN SAJA INDAH PADA NAMA
TETAPI UNIK KERANA KHASIAT DIHASILKAN
DAUNNYA BOLEH MENGGANTIKAN GULA


Stevia adalah dari famili Chrysanthemum
dan tumbuh secara liar di Paraguay dan Brazil.
Kandungan glycosides di dalam daunnya
dan termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.


BERAPA BANYAK JUMLAH STEVIA DIGUNA DI SELURUH DUNIA ?

Dianggarkan permintaan Stevia pada masa kini ialah
melebihi 2000 ton setahun.
Jepun telah menggunakan Stevia sebagai pemanis
untuk minuman dan makanan melebihi 60%
kadar penggunaan gula Stevia.
Penggunaannya telah bertambah dengan
Australia, New Zealand, Canada, China, Korea dan
Negara-negara Pacific telah beralih penggunaan
dari pemanis gula tebu dan beet kepada Stevi
a.

APAKAH SIKAP FDA TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA ?

FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia,
dan ianya boleh di guna sebagai bahan ubatan.
Tetapi pada 17.12.2008, FDA telah menerima Stevia sebagai
'
Generally Recognized as Safe ' (GRAS)
dan boleh digunakan sebagai makanan tambahan.

Mulai dari tarikh ini berlumba-lumbalah
pembuat minuman gergasi dunia seperti Coca-Cola, PepsiCola, Cargill
dan pembuat makanan Nestle menggunakan
Stevia sebagai pemanis untuk makanan dan minuman.


DIMANA STEVIA DITANAM ?

Sebahagian besar Stevia ditanam di Paraguay, Brazil, China dan Jepun
serta Negara Pasific lain seperti India, Thailand dan terkini di Malaysia.


ADAKAH STEVIA DIGUNA DI DALAM PEMBUATAN MAKANAN ?

Pertama, ianya diguna sebagai pengganti kepada gula dan gula tiruan.
Kedua, ianya diguna dengan meluas di Jepun
di dalam pembuatan makanan
dan gula-gula seperti Wrigley's gum tanpa gula;
Beatrice Food menggunakan Stevia untuk membuat
yogurts dan diet Coke yang dikeluarkan oleh Coca-Cola.

Juga diguna di dalam membuat jeruk asam,
makanan laut kering dan beberapa jenis makanan lain.


ADAKAH STEVIA SELAMAT DIGUNAKAN ?

Keseluruhanya Stevia adalah herbal asli dan telah digunakan oleh kaum Gurani
di Paraguay lebih dari 1500 tahun dahulu.

Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid.
Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai
untuk di guna oleh mereka yang mempunyai
masalah kandungan gula tinggi dalam darah.


BERAPA KALI MANIS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?

Daun Stevia mempunyai kemanisan 15 hingga 20 kali
manis daripada gula.
Ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95%)
didapati 200-300 kali manis dari gula biasa.

Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit.

BOLEHKAH STEVIA MENGGANTIKAN PEMANIS TIRUAN ?

Tentu sekali boleh. Dijangka di dalam masa yang singkat ini
Stevia akan digunakan melebihi
20% penggunaan
pemanis untuk membuat minuman dan makanan.

Lagi pun ianya 40% lebih murah berbanding
dengan penggunaan gula biasa.


BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGGUNA STEVIA ?

Tentu sekali boleh. Ianya boleh diguna kerana
ia tidak menambah kandungan gula dalam darah.



BAGAIMANAKAH EKSTRAK DIHASILKAN ?

Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten.
Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah
water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic.


BERAPA KOS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?

Sebagai perbandingan, kalau mengguna gula biasa,
kosnya USD 12.00 berbanding dengan Stevia
yang kosnya hanya ialah USD 0.40, iaitu 15 kg gula biasa
sama manisnya dengan 1 kg Stevia ekstrak.



APAKAH PEMBUNGKUSAN STEVIA UNTUK DI PASAR ?

Ekstrak Stevia di pasarkan secara cecair, capsule,
tablet atau secara powder.
Daun yang dihancurkan kepingan kecil boleh
dibungkus menjadi teh uncang.

BOLEHKAH RASA PAHIT STEVIA DIHAPUSKAN ?

Professor dari Chemical Engineering Pilot Plant ( CEPP )
Universiti Teknologi Malaysia,
telah menemui kaedah prosesan
yang boleh menghilangkan rasa pahit.

Ini bermakna tiada perbezaan rasa
pemanis Stevia dengan gula biasa.


ADAKAH STEVIA MENGANDUNGI VITAMIN DAN MINERAL ?

Stevia didapati mengandungi hampir seratus peratus
phytonutrients dan minyak mudah meruap ( volatile oil ),
termasuk Rutin dan B-Sitosterol.


BAHAN AKTIF YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS RASA MANIS PADA DAUN STEVIA DIKENALI SEBAGAI STEVIOL GLYCOSIDES YANG MENGANDUNGI STEVIOSIDE DAN REBAUDIOSIDE